Monday, July 5, 2010

Pengenalan



MFH Trading merupakan sebuah perusahaan ternakan lembu secara komersil yang telah dijalankan di lokasi Ladang Sawit Felda Chini 2, Pekan. Pada mulanya, aktiviti penternakan ini hanyalah dijalankan secara kecil-kecilan namun setelah melihat potensi permintaannya yang semakin tinggi, kami telah mengorak langkah mengembangkan lagi perusahaan ini pada satu tahap yang lebih tinggi. Kami amat mengalu- alukan terhadap permintaan produk kami dan sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Baka





Antara baka lembu ternakan kami adalah jenis Kedah Kelantan ( K-K), Limousin dan Charolais. Lembu-lembu kami juga sememangnya sihat dan bebas dari sebarang penyakit.

Sunday, July 4, 2010

Proses sembelihan dan penghantaran



Selain menjual lembu ternakan, kami juga menawarkan khidmat sembelihan dan daging siap proses . Perkhidmatan penghantaran turut disediakan dengan lori kami pada lokasi yang terpilih. Namun, sedikit caj dikenakan pada kadar yang bersesuaian dan berpatutan.

Makanan


Pada sebelah pagi, lembu ternakan kami dilepaskan untuk mencari makanan sekitar ladang kelapa sawit.Terdapat banyak kawasan di ladang kelapa sawit yang ditumbuhi oleh rumput-rumput yang hijau, segar dan selamat dimakan oleh lembu-lembu kami. Manakala aliran anak-anak sungai berhampiran yang airnya jernih dan bersih pula menjadi sumber minuman kepada ternakan kami . Pada sebelah petangnya pula, lembu kembali dikandangkan agar tidak berkeliaran ketika waktu malam.